Saturday, March 20, 2010

Betul ke Duit Boleh Buat Duit – Jgn Percayalah (Part 1)




Salam.. untuk tajuk kali ini..aku nak kongsi mengenai cara menjana passive income. Kita selalu dengar org cerita mengenai duit bekerja untuk kita.. persoalannya betul ke boleh??

Pertamanya tanya diri masing2 kenapa korang kena keje..memangla korang jawab nak ada income, nak makan, pakaian,nak khwin, nak sara anak bini,nak hidup..Bnda ni semua apa sebenarnya..Apa tujuan kita bekerja???

So aku simpulkan kita bekerja untuk mencari kebahagiaan, dgn bekerja kita ada income yg boleh kita gunakan untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian atau dgn kata lain KEPERLUAN kehidupan ..tapi kenapa kita selalu tertipu antara keperluan dan KEPUASAN..kadang2 bila ditanya kenapa beli yg berjenama sedangkan yang biasa sudah mencukupi , kita jawab selamba sebab kepuasan..selagi nama manusia mana pernah puas beb (termasuklah aku hihihihi)…

Klu kita keje untuk kebahagian kenapa kita still bekerja klu x bahagia..hahahahha…(gilala ko ni edi x keje nak makan apa)..orng selalu cakap nak cari kj skang susah so dah ada keje jg elok2..betul ke?? Aku pun x tau betul ke x…yang aku tau cari keje mmg susah tapi rezki tuhan banyak kat muka bumi ni samada korang nak usaha ke x..

Aku suka satu pepatah ‘biar sikit asal dicukupkan’..aku ada kawan yang kj gaji RM 500, RM 1k, RM 2k dan seterusnya..kawan yang rm 500 cakap ” klu gaji aku 1k dah cukup untuk kehidupan aku”, kawan yang 1k cakap ” klu gaji RM2k dah cukup kehidupan aku”..bape byk yng cukup sebenarnya aku pun x tau..kalau korang nampak apa yang aku cuba sampikan bgslah klu x nmpak, korang dah cukup besar untuk fikir..so happy working to all..

Apa benda ko bebel ni edi ??? Oklah penat aku bebel , skang aku nak kongsi sikit ilmu macam mana nak wat passive income..Teknik ni mungkin korang dah tau, atau dah wat sebab teknik ni just TEKNIK LOAN ASB tetapi aku tunjuk kat sini mcm mana cara manipulasi LOAN ASB ini

Syarat2 untuk layak menggunakan teknik ni..
1) Bumiputera
2) Ada income tetap yang boleh dibuktikan melalui black and white (ada dokumen la maksudnya e.g slip gaji or bank statement)
3) Mematuhi syarat2 bank yg korang nak pnjam.

Tekniknya mudah jer korang pg bank pastu apply loan-senang kan…(sengalla ko edi klu mcm ni baik x yah citer)

Memang korang tau tapi korang pernah kira bape byk korang untung atau rugi klu guna teknik..kalau korang kira mesti korang dah wat loan dah skang ni. Klu korang kira pun aku percaya korang kira jumlah akhir duit korang dapat..ada x kira bape korang untung (kos keluar berbanding nilai akhir), perbandingan cara pembayaran dan sebagainya..

Cadangan untuk teknik ni adalah loan rm 50K ke atas dan pnjam kat bank maybank ..
kenapa??
Sebab maybank skang bagi tempoh loan 25 tahun, So lagi kecil installment tiap bulan.

Pengiraan yang aku buat..
Matlumat lain dalam pengiraan aku adalah seperti berikut:
ASB dividen = 7% Jumlah Loan RM 50K
Ok untuk rate Interest maybank setakat hari ini February 2010=3.9 %
Bayaran bulanan rm 263

1) Andai kata korang x wat loan ASB just simpan kat ASB setiap bulan.
Bermula dari bulan 1 simpan bulanan = RM 263
Jumlah setelah 25 tahun=RM 205,755.24
Modal korang = RM 263 x 12 x 25 =RM 78,900
Keuntungan = 160.77%


2)Teknik loan ASB RM50K
Bulanan sama RM263 (mula bulan januari)
Jumlah setelah 25 tahun =RM 271,371.63
Modal = RM 263 x 12 x 25 =RM 78,900 + (RM70 Duit setem untuk borang loan)= RM 78,970
Keuntungan = 243.64%

3)Loan ASB rolling dividen (dividen dari pinjaman RM 50K guna untuk bayar balik loan korang untuk tahun berikut)
Bulanan RM263, setahun =RM 3156 (mula bulan januari)
Dividen ASB setahun(berdasarkan 7 %)=0.07 x RM 50K = RM 3500
So ada lebih lagi untuk tampung bayaran setahun, yang lebih biar je dalam ASB.
Jumlah setelah 25 tahun = RM 71,757.67
Modal =RM 3156 + RM 70 (kos setem) = RM 3226
Keuntungan = 2124.35% (betul ke x ni?? aku pun x percaya klu x percaya kirala manual sendiri selama 25 thn).


Aku dah tunjuk pengiraan so korang bnding dan fikir sendiri..yang no 3 tu lah passive income beb!!! kuar modal setahun pastu dia beranak sendiri..

pengiraan aku buat ni just contoh semuanya tetap bergantung pada BLR dan dividen ASB.. maybank awal thn haritu ada bg interest 3.9% tetap x tau la skang ada lagi ke x…tapi ada cara nak kurangkan risiko interest ni nt aku citer kat part 2..Dalam part 2 nnt aku tunjukkan untuk main dalam tempoh masa 5 tahun pulak..

Note: Kalau ade ape2 yg x betul atau nak share apa2 tentang perkara diatas atau nak ty apa2 komen kat bwah yer..trimas

DISCLAIMER : YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY BY USING THIS TECHNIQUE.

8 comments:

Unknown said...

beb. aku mmg pilih yg no 3 beb. sbb tu mmg aku nk buat modal pn. cuma amount yang ko tunjuk tu je beza dgn aku. aku nak buat 30k n maybe untuk 15 tahun. so installment dlm 200++ sebulan. modal aku ni la yg aku nak buat roling utk tahun seterus nya. dan aku ada niat bila cukup matang je agak2 dlm 4,5 tahun aku jual la balik. hahhahah. then register baru. amacam? 1 lagi, ko blh buat entry tak bank mana yg interest nya paling rendah takat ni

Noraide said...

asfaliza>>ok jugak idea tu..tapi klu nak tau mana yang lebih efektif kena kira manual jer..tapi aku x kira manual pun aku dah wat dalam excel asb caculation tu..

lepasan AU3'sss said...

wahhh..hebat mu skang die,...oooh silap prof noraedi...Aku ske pasal ASB ni,ni laa satu2 nyer bende yg bgs ntuk bumi's dmna non bumis sdri iri hatikan...
Bnyk mender yg kiter leh buat (manipulate ASB) especially kalo kite guna bank tool's mcm OD(xleh dh..br je kene stop baru nin)/credit card..even kalo ko nk buat rumah/beli kheterr kerr ASB ni boleh membamtu,tp ader care dier laa...
http://www.bicarajutawan.com/forum/archive/index.php/f-19.html

Noraide said...

lepasan AU3'sss : Kalu aku hebat dah lama dah jadi jutawan.hihihi..X layok aku nok jadi prof..

OD thn lepas pun kabo nak stop tapi masih boleh lagi..nak confirm kena ty bank jer senang..Biasanya Bank tgk kita ada pitih bereh lalu..klu xleh gak apply Od guna nama company jer..Register company pun dah senang skang online jer..

YAng pnting kita rajin cari peluang..Rezki kat bumi tuhan ni byk..~Yosh

lepasan Klumpuk Kuang C'sss said...

sorang yg hebat x semestinya seorang jutawan/billionaire...jutawan lak bukanyer sumer hebat...ke guaner...?

aku br je g tanyes bankk 4 ari lps dan melepassss...mmg PNB stop dh ODASB 4 individu nin berkuat kuasa 1 july 10 br nin..pasal aper xtaw(myb takut makin ramai bumi's senang kot)..tp mcm mu kater laa,company still boleh buat..

p/s: xnak bukak klas forex ntuk memmber2 ker?

Anonymous said...

salam nk tye sikit..
contoh pinjaman 200k(max 25tahun), dividen 7.5 peratus dan rancang cancel dalam tempoh 5 tahun
200000(1.075^5)=287125(dividen terkumpul-87125)
bulan2 kita bayar 1188x12x5=71280
jadi, dalam 5 tahun klu sy nk cancel loan asb ni adakah sya akan dapat bersama-sama duit bulan2 yg sy bayar sebanyak rm 71280 dan dividen terkumpul 87125 itu??maksud sy adakah setelah 5 tahun sy dapat monthly payment stakat sy bayar 5 tahun tu dan dividen selama 5 tahun itu juga?tq

Noraide said...

Anonymous: Duit bulan2 yang kita bayar xkan dapat 100% kerana tiap2 bulan duit yang dibayar akan pecah kepada 2 bahagian

Bahagian pertama untuk interest bank

Bahagian kedua untuk bayar duit hutang (200K)

Anggaran jumlah yang tuan dapat dari RM=71820 adalah RM 25K - Rm 26K..

jackal said...

Menarik teknik ni. boleh cuba. risiko rendah.

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails