Wednesday, March 31, 2010

Cara Mudah Belajar English Language


Tajuk English Language tapi aku tulis dalam BM..hehee... Sebenarnya kat sini aku nak kongsi satu website yang boleh bantu untuk terjemahkan dari Bahasa Malaysia ke English Language atau sebaliknya..

Ada banyak jugak language boleh translate..Chinese, Japanese, Arab pun ada..Aku tau ramai yang dah tau, tapi aku pasti lagi ramai yang x tau pasal web ni..kalau tau pun korang just guna untuk translate satu perkataan jer..

Web ni bukan jer boleh translate perkataan tapi boleh juga untuk translate ayat..contohnya korang tulis ayat dalam BM dia translate ke BI atau apa2 language korang nak..tapi untuk translate ayat xlah perfect just atleast bolehlah jadi basic guidance pada sesiapa yang selalu kena mengarang dalam bahasa english(especially for those who needs to write for thesis, conference paper or journal) ..


Web site tu adalah google translate..nak pegi website ni tekan je google translate kat goolge..Feature seterusnya yang aku nak highlight adalah web ni boleh digunakan untuk translate document dan website..upload document pastu translate..

Aku percaya korang selalu tick pada term & condition tanpa baca dulu apa yang korang setuju klu nak daftr apa2 kat online(termasuklah aku..hahahaa)..kalau diorang tulis kita kena bayar fee pun kita setuju pun jgk..hehee so far aku x kena lagi..So lepas ni bolehlah kita faham apa yang kita setuju sebelum kita tanda setuju..

Satu lagi bnda yang aku suka pasal google translate ni, untuk English diorang sediakan sound sekali so bolehlah check sebutan sesuatu perkataan dalam english..

Aku uji korang sikit kalau perkataan BI 'liase' macam mana korang bunyikan. Aku dengar ada yang sebut, layes, lis, les dan mcm2 lagilah hahahhaha...kalau korang nak tau bunyinya macam mana guna lah website tu set translate from English, translate to english pastu klik icon sound..

Kadang2 kalau aku dah xder keje..aku set English to English pastu aku tulis ayat BM..lawak gak dgr org putih baca BM..cubalah...

Aku harap website ni dapat membantu korang semua..

Happy trying and Start writing in English





Saturday, March 27, 2010

Dah tau Apasal Sibuk Jugak Kumpul Harta..




Semalam selepas balik dari solat jumaat, aku cuba ingatkan balik 1o perkara best yang khatib bagitau semasa khutbah..aku dapat ingat cuma 3 jer, ni xleh jadi ni kena googling ni supaya boleh dishare dgn rakan2..

10 perkara tu adalah kelebihan ilmu berbanding harta..kebetulan minggu ni minggu konvo kat UTM, maka perkara ni menjadi point dalam khutbah jumaat..so pada warga UTM yang terlepas jumaat di Masjid UTM (mungkin balik kg atau watever) silalah luangkan masa untuk membaca..

10 perkara atau point ini adalah jawapan Sayidina Ali kepada puak khawarij yang ingin menguji Saiyidina Ali Abi Talib..

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu adalah pusaka Anbiya, tetapi harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menjaga dirinya, tetap: harta perlu dijaga oleh tuannya.

3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menyebabkan ramai kawan, tetapi harta menyebabkan banyak musuh.

4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika diajar kepada manusia akan semakin bertambah, tetapi harta jika diberi kepada manusia akan semakin berkurangan.

5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak menyebabkan seseorang itu menjadi mulia, tetapi harta yang banyak boleh menyebabkan bakhil.

6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu tidak dicuri, tetapi harta boleh dicuri / takut dicuri.

7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu akan menjadi syafaat / menolong tuannya pada hari akhirat, tetapi harta akan dihisab di akhirat.

8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika dibiarkan lama tidak rosak, tetapi harta akan rosak.

9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak akan menyebabkan hati manjadi lembut dan tawaduk, tetapi harta yang banyak menyebabkan hati jadi keras dan angkuh.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu mewujudkan sifat kehambaan, iaitu menyebabkan seseorang menjadi hamba yang baik, takut untuk membuat benda-benda buruk / maksiat, tetapi harta akan menyebabkan seseorang itu rakus dan lupa kepada Allah / lupa tanggunggjawab.


Maka skang ni bila dah tau kita kenalah praktikkan..Pada rakan2 yang dah bekerja tu jgnlah ingat x payah nak cari ilmu lagi..ilmu kat muka bumi ni x pernahnya habis..

Membaca merupakan satu cara nak tambah ilmu yang paling senang (termsuklah baca blog)...hahhahaha (promote nampaknya disitu)..

Selamat mencari ilmu..

Kredit to MasjidSukma





Thursday, March 25, 2010

Tali Pinggang Keledar-Teknik Pemasangan Terbaru


Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menjalankan kajian mengenai cara teknik baru pemakaian tali pinggang.

Keputusannya amat memeranjatkan kerana selama ini tali pinggang keledar bertujuan untuk mengurangkan kecederaan apabila berlaku kemalangan, tetapi dengan teknik pemasangan ini bukan sahaja kecederaan malah kemalangan dapat dikurangkan sehingga 95%..

Cara pemasangan tali pinggang yang dicadangkan adalah seperti rajah di bawah..



Keputusan kajian mendapati dengan teknik terbaru ini ia dapat menyelamatkan nyawa dan merendahkan tekanan darah tinggi sehingga 40%..

Selamat mencuba..

Kredit to Today's Joke




Tuesday, March 23, 2010

Budget calculator


Semalam belek2 kat dalam bookmark browser,aku terlayan satu blog ni..ada tool macam best je aku tgk..

Budget calculator versi BM lagi, biasa aku guna bdget calculator template amik dari excel jer, yang ni lagi best bleh trace daily expense tu..dah dapat bnda baik ni aku share la kat sini..

Sapa2 yang nak boleh lah klik kat bawah ni

Budget Calculator BM untuk BM version..
Budget Calculator ENG untuk English version..

Tunggu apa lagi sedutla..boleh tgk korang expense duit pada Keperluan atau Kepuasan atau apa2 jelah..

Source: bankinginfo.com.my & bebas-hutang.com




Monday, March 22, 2010

How to Separate Facebook mails in your email's inbox



Facebook will email us a notification for our account. This mail will goes to our inbox and make it full with notification emails. If you are active facebook user, it is 10 facebook mails minimum in ur inbox. It is kind of boring to delete all that emails everyday and for sure it is hard to find other important email.

Here i want to share how to automatically move all the mail from facebook to certain folder (u can namely by urself) for example i name it "facebook". The solution is by creating a filter for the mails, that filter will automatically redirect all the facebook mail in specific chosen folder.

I only show the setting for gmail and yahoo mail only.

Gmail

1) click "setting" usually at the top right corner of the screen.
2) Go for "filter".
3) Click "create new filter" at the bottom.
4) Fill for From space "*@facebookmail.com" and click next.
5) tick "skip the inbox" and "apply the label"
6) For choose label click New label and namely whatever u want.
7) Click create filter. Done..

Yahoo

1)Create folder name as facebook.
2)Click "option" then "more option"
3)Click Filter or penapis and then "create or edit filter"
4)Click add
5)Fill filter name "facebook", from header "@facebookmail.com" don't forget to tick case sensitive
6)Move the message to "facebook"

Happy trying..




Saturday, March 20, 2010

Betul ke Duit Boleh Buat Duit – Jgn Percayalah (Part 1)




Salam.. untuk tajuk kali ini..aku nak kongsi mengenai cara menjana passive income. Kita selalu dengar org cerita mengenai duit bekerja untuk kita.. persoalannya betul ke boleh??

Pertamanya tanya diri masing2 kenapa korang kena keje..memangla korang jawab nak ada income, nak makan, pakaian,nak khwin, nak sara anak bini,nak hidup..Bnda ni semua apa sebenarnya..Apa tujuan kita bekerja???

So aku simpulkan kita bekerja untuk mencari kebahagiaan, dgn bekerja kita ada income yg boleh kita gunakan untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian atau dgn kata lain KEPERLUAN kehidupan ..tapi kenapa kita selalu tertipu antara keperluan dan KEPUASAN..kadang2 bila ditanya kenapa beli yg berjenama sedangkan yang biasa sudah mencukupi , kita jawab selamba sebab kepuasan..selagi nama manusia mana pernah puas beb (termasuklah aku hihihihi)…

Klu kita keje untuk kebahagian kenapa kita still bekerja klu x bahagia..hahahahha…(gilala ko ni edi x keje nak makan apa)..orng selalu cakap nak cari kj skang susah so dah ada keje jg elok2..betul ke?? Aku pun x tau betul ke x…yang aku tau cari keje mmg susah tapi rezki tuhan banyak kat muka bumi ni samada korang nak usaha ke x..

Aku suka satu pepatah ‘biar sikit asal dicukupkan’..aku ada kawan yang kj gaji RM 500, RM 1k, RM 2k dan seterusnya..kawan yang rm 500 cakap ” klu gaji aku 1k dah cukup untuk kehidupan aku”, kawan yang 1k cakap ” klu gaji RM2k dah cukup kehidupan aku”..bape byk yng cukup sebenarnya aku pun x tau..kalau korang nampak apa yang aku cuba sampikan bgslah klu x nmpak, korang dah cukup besar untuk fikir..so happy working to all..

Apa benda ko bebel ni edi ??? Oklah penat aku bebel , skang aku nak kongsi sikit ilmu macam mana nak wat passive income..Teknik ni mungkin korang dah tau, atau dah wat sebab teknik ni just TEKNIK LOAN ASB tetapi aku tunjuk kat sini mcm mana cara manipulasi LOAN ASB ini

Syarat2 untuk layak menggunakan teknik ni..
1) Bumiputera
2) Ada income tetap yang boleh dibuktikan melalui black and white (ada dokumen la maksudnya e.g slip gaji or bank statement)
3) Mematuhi syarat2 bank yg korang nak pnjam.

Tekniknya mudah jer korang pg bank pastu apply loan-senang kan…(sengalla ko edi klu mcm ni baik x yah citer)

Memang korang tau tapi korang pernah kira bape byk korang untung atau rugi klu guna teknik..kalau korang kira mesti korang dah wat loan dah skang ni. Klu korang kira pun aku percaya korang kira jumlah akhir duit korang dapat..ada x kira bape korang untung (kos keluar berbanding nilai akhir), perbandingan cara pembayaran dan sebagainya..

Cadangan untuk teknik ni adalah loan rm 50K ke atas dan pnjam kat bank maybank ..
kenapa??
Sebab maybank skang bagi tempoh loan 25 tahun, So lagi kecil installment tiap bulan.

Pengiraan yang aku buat..
Matlumat lain dalam pengiraan aku adalah seperti berikut:
ASB dividen = 7% Jumlah Loan RM 50K
Ok untuk rate Interest maybank setakat hari ini February 2010=3.9 %
Bayaran bulanan rm 263

1) Andai kata korang x wat loan ASB just simpan kat ASB setiap bulan.
Bermula dari bulan 1 simpan bulanan = RM 263
Jumlah setelah 25 tahun=RM 205,755.24
Modal korang = RM 263 x 12 x 25 =RM 78,900
Keuntungan = 160.77%


2)Teknik loan ASB RM50K
Bulanan sama RM263 (mula bulan januari)
Jumlah setelah 25 tahun =RM 271,371.63
Modal = RM 263 x 12 x 25 =RM 78,900 + (RM70 Duit setem untuk borang loan)= RM 78,970
Keuntungan = 243.64%

3)Loan ASB rolling dividen (dividen dari pinjaman RM 50K guna untuk bayar balik loan korang untuk tahun berikut)
Bulanan RM263, setahun =RM 3156 (mula bulan januari)
Dividen ASB setahun(berdasarkan 7 %)=0.07 x RM 50K = RM 3500
So ada lebih lagi untuk tampung bayaran setahun, yang lebih biar je dalam ASB.
Jumlah setelah 25 tahun = RM 71,757.67
Modal =RM 3156 + RM 70 (kos setem) = RM 3226
Keuntungan = 2124.35% (betul ke x ni?? aku pun x percaya klu x percaya kirala manual sendiri selama 25 thn).


Aku dah tunjuk pengiraan so korang bnding dan fikir sendiri..yang no 3 tu lah passive income beb!!! kuar modal setahun pastu dia beranak sendiri..

pengiraan aku buat ni just contoh semuanya tetap bergantung pada BLR dan dividen ASB.. maybank awal thn haritu ada bg interest 3.9% tetap x tau la skang ada lagi ke x…tapi ada cara nak kurangkan risiko interest ni nt aku citer kat part 2..Dalam part 2 nnt aku tunjukkan untuk main dalam tempoh masa 5 tahun pulak..

Note: Kalau ade ape2 yg x betul atau nak share apa2 tentang perkara diatas atau nak ty apa2 komen kat bwah yer..trimas

DISCLAIMER : YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY BY USING THIS TECHNIQUE.




Thursday, March 11, 2010

I'm Feeling Lucky Today


Rasa macam lucky jer layan lagu ni...lagi2 time lirik:

"lucky to have been where i have been, Lucky to be coming home again"

video

Enjoyzzzzzzz....




Tuesday, March 9, 2010

Aku Mula Sayang Maxis



At last, after 3 months I'm facing a payment problem with free maxis broadband, this month maxis fulfill their promise..How come a free thing has a charge...Well that the problem..

Past 3 months i calling maxis center issued this matter and they keep promising to deduct the charge on the next month bill. Actually I decided to terminate the service this month if the problem still happen.

Today i check my bill statement and feel so glad that this month maxis don't charge for the broadband and they also waive a charge for this month following payment that i have done. So this month i no need struggling to pay my bill..Best Sioot..

For those who want to know how i got free broadband u can refer my previous post regarding maxis broadband..

Here i highlight a few comments on maxis broadband service:

1) Signal is above average here (UTM) but not at my hometown.

2) Downloading speed good (more than 80kb/s).

3) Stability better than celcom.

4) The bad thing is maxis only provide about 3GByte downloading, if i want more than that, there is an extra charge.huhuhuu..

I think after finish this free promotion i'll terminate this BB due to no coverage at my hometown.

Thats all for now...




Monday, March 8, 2010

Logo Menarik



Create logo anda di Supalogo

Sebuah aplikasi web yang memberi kemudahan untuk membina logo. Terdapat basic design untuk membina teks logo. Sangat user friendly..
Jom buat logo di Supalogo

Kredit to IT Tech




Saturday, March 6, 2010

Cara Terbaik Selesaikan Masalah



Kisah motivasi;
Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Adakah berat air bertambah?
“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat. Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

From Isuhangatt




Related Posts with Thumbnails