Saturday, February 7, 2009

Syarat-syarat solat jamak dan qasar

Syarat-syarat solat qasar

  1. Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
  2. Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir.
  4. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
  6. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  7. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
  8. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Syarat-syarat Jamak Taqdim:

  1. Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.
  2. Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
  3. Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
  4. Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.

Solat Jamak Takkhir:

Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir:

  1. Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
  2. Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
Untuk matlumat lanjut: http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php

9 comments:

Anonymous said...

boleh saya thu..kalau solat jamak taqdim dan takhir ni..sama ke syaratnya dgn solat qasar..iaitu kita xboleh buat jamak setelah sampai di destinasi yg kte tuju..boleh bg respond?

Noraide said...

Dalam syarat kedua Solat jamak ada menyatakan hendaklah berkekalan musafirnya..Jika maksud tuan/puan tempat yang dituju adalah tempat musafir dan bukan niat untuk tinggal di situ lebh dari 3 hari maka masih boleh jamak, tapi jika maksud tempat yang dituju adalah sampi semula ke rumah maka sudah tidak boleh untuk jamak..WaAllahualam..

syaf said...

niat solat jamak hendaklah dibaca dirakaat berapa

Noraide said...

Niat seperti solat fardhu sebelum takbiratulihram...WaAllahualam..

Unknown said...

Masih keliru.. If sy masih niat musafir dan menetap hanya 3ari di sesuatu tempat.. Dan slepas itu blik ke rumah dan masih solat jamak kerana niat sy untuk meneruskan perjalanan lagi.. Soalan nye.. Boleh ke sy jamak even sy sudah kembali pd tempat sy bmaustatin?

Unknown said...

assalamualaikom..saya nak tanya..blih tak klu kita solat jamak sebelum memulakan perjalan?.maksud saya solat jamak dekat rumah?

Unknown said...

Tidak boleh puan, puan perlu keluar dari mukim.

Unknown said...

Solat jamak dilakukan smasa bmusafir iaitu 2marhalah dan lbh..apbila telah sampai drumah sendri xleh jamak lg...

Unknown said...

Solat jamak dilakukan smasa bmusafir iaitu 2marhalah dan lbh..apbila telah sampai drumah sendri xleh jamak lg...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails