Sejauh manakah kejujuran yang kita ada untuk mendapat kepercayaan orang lain? Penting sangatkah kepercayaan? Apa yang pasti adalah kepercayaan memang susah untuk diperolehi. Zaman sekarang kebanyakkan orang memberi kepercayaan kepada individu lain apabila segala kehendak dan kemahuan mereka diikut dan dituruti oleh individu tersebut. Adakah mereka pernah terfikir berbaloikah mempercayai orang yang tidak pernah membangkang mereka dan menuruit sahaja seperti orang yang lurus bendul. Sedar atau tidak individu sebegini mungkin hanya hendak mengampu atau ada niat yang terselindiung, malah kejujurannya untuk setuju dengan apa jua kemahuan kita adalah terlalu rapuh dan mudah dipertikaikan
Sewaktu kecil dahulu, aku sering dinasihat oleh abahku, bahawa dalam hidup ini cubalah buat sesungguh mungkin agar orang mempercayai kita, akan tetapi di dalam usaha itu kita hendaklah tidak berpura-pura, jujur pada diri sendiri serta menjadi diri sendiri. Namun jika berubah itu akan mendatangkan kebaikan, lebih baiklah kita berubah. Daripada itulah ku sering dididik untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik mungkin kerana orang lain akan suka jika kita mampu membuat kerja dengan baik dan seterusnya akan mempercayai kita. Namun demikian apabila aku membesar dan mula menmgenal dunia, keadaan seakan memaksa aku untuk menjadi hipokrit untuk menjadi seorang yang jujur agar boleh dipercayai. Aku jumpa ramai orang tidak mementingkan kejujuran dan kepercayaan, mereka sanggup membuat apa sahaja termasuk menggadaikan kejujuran dan kepercayaan semata-mata demi wang atau kemewahan.
Aku sering berpegang pada prinsip" duit boleh cari tapi kepercayaan tidak boleh dibeli". Namun apabila aku melihat kebanyakan rakan-rakanku yang hidup tanpa kepercayaan, kadang-kadang membuat aku terfikirperlukah kejujuran untuk mendapat kepercayaan? Melalui wang boleh dapat kepercayaan, melalui cinta boleh dapat kepercaan, jadi kenapa perlu jujur. itulah perjalan yang perlu kita dalam kehidupan ini.
1 comments:
kejujuran n kepercayaan sememangnyer sesuatu perkara sngt2 penting dlm hidup kita.
Prinsip asas percintaan sy jg berlandaskn prinsip kpercayaan n kejujuran. for me, kpercayaan comes 1'st. then follow by kjujuran...
sy jg mudah mpercayai seseorang even baru kenal. but tgok org jgk la. bkn nyer hantam pcaya jer. susah diri nanti.
whatever it is, bila kita dh dpt kpercayaan dr ssorang, hrpnnyer, kita jaga lah kpercayaan itu dgn baik. bcoz, when kpercayaan itu dh xder, mmg susah plak nk dptkn smula.
Post a Comment