Friday, February 27, 2009

Kejujuran Dan Kepercayaan

Sejauh manakah kejujuran yang kita ada untuk mendapat kepercayaan orang lain? Penting sangatkah kepercayaan? Apa yang pasti adalah kepercayaan memang susah untuk diperolehi. Zaman sekarang kebanyakkan orang memberi kepercayaan kepada individu lain apabila segala kehendak dan kemahuan mereka diikut dan dituruti oleh individu tersebut. Adakah mereka pernah terfikir berbaloikah mempercayai orang yang tidak pernah membangkang mereka dan menuruit sahaja seperti orang yang lurus bendul. Sedar atau tidak individu sebegini mungkin hanya hendak mengampu atau ada niat yang terselindiung, malah kejujurannya untuk setuju dengan apa jua kemahuan kita adalah terlalu rapuh dan mudah dipertikaikan

Sewaktu kecil dahulu, aku sering dinasihat oleh abahku, bahawa dalam hidup ini cubalah buat sesungguh mungkin agar orang mempercayai kita, akan tetapi di dalam usaha itu kita hendaklah tidak berpura-pura, jujur pada diri sendiri serta menjadi diri sendiri. Namun jika berubah itu akan mendatangkan kebaikan, lebih baiklah kita berubah. Daripada itulah ku sering dididik untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik mungkin kerana orang lain akan suka jika kita mampu membuat kerja dengan baik dan seterusnya akan mempercayai kita. Namun demikian apabila aku membesar dan mula menmgenal dunia, keadaan seakan memaksa aku untuk menjadi hipokrit untuk menjadi seorang yang jujur agar boleh dipercayai. Aku jumpa ramai orang tidak mementingkan kejujuran dan kepercayaan, mereka sanggup membuat apa sahaja termasuk menggadaikan kejujuran dan kepercayaan semata-mata demi wang atau kemewahan.

Aku sering berpegang pada prinsip" duit boleh cari tapi kepercayaan tidak boleh dibeli". Namun apabila aku melihat kebanyakan rakan-rakanku yang hidup tanpa kepercayaan, kadang-kadang membuat aku terfikirperlukah kejujuran untuk mendapat kepercayaan? Melalui wang boleh dapat kepercayaan, melalui cinta boleh dapat kepercaan, jadi kenapa perlu jujur. itulah perjalan yang perlu kita dalam kehidupan ini.




Saturday, February 7, 2009

Syarat-syarat solat jamak dan qasar

Syarat-syarat solat qasar

  1. Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
  2. Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir.
  4. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
  6. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  7. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
  8. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Syarat-syarat Jamak Taqdim:

  1. Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.
  2. Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
  3. Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
  4. Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.

Solat Jamak Takkhir:

Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir:

  1. Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
  2. Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
Untuk matlumat lanjut: http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php




Solat Jamak dan Qasar.

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
www.familiazam.com
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
www.familiazam.com
Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
www.familiazam.com
2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
www.familiazam.com
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
www.familiazam.com
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
www.familiazam.com
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".







Tuesday, February 3, 2009

Komputer dan Wanita

Zaman sekarang ramai wanita yang pandai dalam pelajaran, namun jika kita perhatikan betul-betul, tidak ramai dikalangan meraka yang mampu untuk menghasilkan rekaan-rekaan atau ciptaan yang berteknologi tinggi. Kebanyakan dari mereka hanya menjadi pegawai berjawatan tinggi dalam pentadbiran. Di manakah ilmu pelajaran yang mereka pelajari sehingga mendapat keputusan A dalam semua subjek. Itu jika dilihat dari pandangan jauh, jika kita ambil contoh yang mudah iaitu pelajar-pelajar universiti.

Sekarang banyak diuar-uarkan dalam berita bahawa kaum wanita mendominasi kedudukan di universiti, tapi terdapat satu fenomena di mana pelajar wanita amat mengharapkan pelajar lelaki, fenomena itu adalah penyelenggaraan komputer. Mungkin secara tidak sedar tapi ianya terjadi tidak ramai pelajar wanita yang mampu untuk menyelenggara komputer mereka, walaupun kadangkala perkara itu adalah penyelenggaraan yang utama iaitu sesuatu yang mesti diketahui oleh pengguna komputer. Biarpun mereka mengambil berjuta kursus komputer atau sebagainya, namun apabila timbul permasalahan pada komputer mereka, teman lelaki jika ada ataupun rakan kenalan lelaki adalah tempat mereka untuk menyelesaikannya. Alternatif terakhir adalah kedai-kedai komputer berdekatan dengan universiti atau tempat tinggal mereka. Walaupun demikian, dari segi perhiasan komputer merekalah yang tehebat, mereka tahu sahaja tema-tema terkini untuk komputer mereka. Akan tetapi adakah mereka sedar perisian-perisian sebeginilah yang akan mengganggu prestasi komputer mereka sehingga timbul segala permasalahan yang tidak diingini. Alangkah baiknya jika perjalanan sewaktu belajar digunakan dengan mempelajari ilmu komputer dan bagaimana menyelesaikannya permasalah komputer sendiri. Semasa inilah perjalanan yang perlu kita pilih untuk kehidupan kita..




Monday, February 2, 2009

Projek

Alhamdulilah hari dapat juga aku kenal pasti bagaimana cara untuk mengira 'strain gauge' yang telah aku pasang pada lengan robot aku. Walaupun telah bertahun dulu aku belajar tentang tetimbang jambatan stone, ' Weightstone Bridge' baru hari ini aku betul-betul faham kenapa ia selalu digunakan dalam litar untuk alat pengukuran dalam elektronik. Inilah kelemahan yang nyata dalam diri ini sentiasa lupa apa yang telah dipelajari. Aku berharap sangat apa yang aku telah belajar secara formal atau pun tidak formal dapat aku pergunakan sepenuhnya untuk membuat keputusan bagi menempuh perjalanan kehidupan ini. Aku tidak mahu ilmu yang aku ada cuma menjadi tenaga keupayaan 'potential power', biarlah ia menjadi kuasa sebenar.





Sepak Takraw


Semalam 1hb Februari aku menyaksikan pertandingan sukan yang amat aku minat iaitu sepak takraw. Aku merasakan perasaan teruja yang telah lama aku tidak rasa. Satu pertandingan yang amat hebat bagi aku dengan pelbagai gerakan akrobatik dan penuh seni. Semua itu membuat aku teringat pada zaman aku bermain sepak takraw pada waktu sekolah menengah dulu, kerana obsesnya terhadap sukan ini aku dan rakan sanggup membuat gelanggang sendiri tanpa simen dan garisan gelanggang hanya menggunakan tali semata2 untk bermain, tapi sayang semuanya berlalu begitu cepat. Hidup adalah perjalanan yang tidak dapat dielakkan, sekarang aku tidak punya banyak masa untuk bermain umur pun semakin meningkat keupayaan tidak seperti dulu. Aku tidak tahu adakah selepas ini masih punya ruang untuk aku bermain, aku berharap aku akan dapat terus dengan sukan ini. Andai aku berjaya dalam hidupku aku ingin menaikkan taraf sukan ini..




Related Posts with Thumbnails