Sunday, January 2, 2011

Risiko Dan Kehidupan




Salam Sejahtera, aku kembali menulis semula. Matlamat aku dalam dunia blog ini belum lagi selesai. Masih banyak yang aku nak share di sini, cuma kadang-kadang disebabkan aku masih lagi tidak cekap menguruskan masa maka terbengkalailah blog ini.

Aku rasa cukuplah sebagai pendahuluan di atas sebagai mukadimah. Dalam penulisan kali ini aku nak menyentuh sedikit mengenai risiko. Dalam kehidupan seharian kita selalu terdedah dengan risiko, ada diantara kita suka mengambil langkah selamat untuk mengelak risiko (play safe). Ada pulak yang jenis suka mengambil risiko. Anda yang macm mana? dan yang mana lebih baik?

Jawapannya xder pada aku tanya diri sendiri yer. Pada aku risiko memang ada dan xder istilah play safe, aku lebih suka istilah meminimakan risiko. Thank to blog Kc Lau Dalam penulisan beliau memberi gambaran bagaimana nenek moyang kita dulu mengambil risiko untuk mendapatkan makanan setiap hari. Tiada makanan meraka akan mati, so mereka mengambil risiko menghadapi kematian ketika berburu untuk meneruskan kehidupan.

Aku amat tertarik dengan penyataan beliau dalam blog

"Jika kita hendak berjaya dalam pengurusan kewangan, kenapa tidak kita ambil risiko dari aspek keselesaan diri kita? Hanya itu sahaja risiko yang kita kena hadapi, dan sekiranya kita tidak berjaya kita hanya kehilangan sedikit keselesaan"

Jika kita membuat part time job, kita mungkin kehilangan masa santai hujung minggu.
Jika kita membuat pekerjaan bebas (Freelancer) kita kehilangan kelapangan waktu malam.
Jika kita melabur dalam saham kita mungkin kehilangan sedikit dari duit modal kita.
Jika kita berhenti kerja sekarang, kita mungkin akan hanya ada rumah dan kereta yang kecil atau mungkin akan kelaparan.

Kesimpulannya tanyalah diri anda apa sebenarnya yang anda takut untuk hilang?


Share

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails