Showing posts with label Finance. Show all posts
Showing posts with label Finance. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Takaful Lagi





Salam Sejahtera

Entry terbaru sebelum ni dah cerita pasal Insurans Vs Takaful, entry kali ni nak cerita lagi ke?

Ada orang cakap benda kebetulan tapi pada saya tiada istilah kebetulan, semua yang terjadi dah memang tulisan takdir. Selepas saya buat entry pasal insurans dan takaful, ada pulak agent takaful datang buat promotion kat tempat saya bekerja.

Seperti biasalah saya orang pertama yang akan pergi dan bertanya, beli atau x itu cerita lain. Lepas berdiskusi dengan agen-agen di situ maka dapatlah satu info mengenai produk baru mereka.

Bayaran bulanan 100 after 20 year boleh keluar RM 24000 (100 x 12 x 20), cover 100K. For sure dapat balik yang kita bagi just tanpa bonus la. Klu terdesak pun boleh keluar duit tapi xleh keluar semua, tgk dah mcm lebih kurang KWSP la plk, cuma lebihnya ada coverage untuk diri..

Macam menarik ni, tapi mcm was-was la plk. Ish-ish sesungguhnya perasaan was-was tu adalah daripada syaitan..

Bila dah dengar matlumat tu macm biasalah saya nak selidik betul ke tidak penerangan agent tu dulu..Bukan x percaya, cuma kadang-kadang diorang tu pun x berapa pasti main sebut jer. Ada yang teruk lagi just promote produk yang akan bagi komisyen yang tinggi kepada diorang sendiri, bknnya apa yang pelanggan perlukan..Ish-ishhhh..

Share




Sunday, June 26, 2011

Pengiraan Insuran VS Takaful





Salam dan hai semua..

Sejak kebelakangan ini saya sering mendapat panggilan telefon dari pegawai-pegawai promosi syarikat yang menjalankan perniagaan Insurans atau pun Takaful. Saya pasti ada dikalangan para pembaca juga ada mendapat panggilan promosi ini.

Secara amnya ramai yang mengetahui bahawa Insuran menggunakan konsep konvesional dan takaful menggunakan konsep Islamik. Namun sejauh mana kita memahami konsep-konsep ini.

Secara jujurnya saya juga tidak memahami bagaimana mereka menjalankan kedua2 konsep ini. Maka Dengan menggunakan sedikit pengetahuan saya cuba membuat perbandingan antara kedua-dua konsep ini, tetapi perbandingan yang dibuat adalah hanya dari segi pengiraan yang simple.. :)

Polisi Insurans
Premium RM 30 sebulan
Cover RM 150K

Polisi Takaful
Premium RM 60
Cover RM 150K
Pengeluaran 30 % pada setiap 3 tahun
Bonus purata 5-10%

Pegawai Promosi Takaful selalu cuba menarik perhatian saya dgn menyatakan klu saya ambil Insurans, seandainya saya x menuntut claim maka duit premium bulanan akan burn macm tu sahaja..kalau ambil takaful akan dapat keluarkan dan pulangan bonus..bestnya tapi betul ke lagi menguntungkan??

Klu kita buat perbandingan RM30 dgn RM60 jelas perbezaan, 50% lagi untung dari 30% pulangan yang ditawarkan setiap 3 tahun oleh Takaful. Mengenai bonus plk sekiranya kita ambil insurans berbanding Takaful ada lebih RM30 lagi yang boleh kita simpan dalam ASB atau mana-mana pelaburan yang lain..

Kesimpulannya mana pegi lagi 20% yang kurang tu?? Komisyen agen Takaful ke hihihiii

Okla that all for now..

p/s: Sorry aku malas nak kira detail,klu x faham ty kat komen yer..tq

Share




Tuesday, September 21, 2010

Ajarlah Anak Anda





Salam lebaran kepada pembaca sekalian Selamat Hari Raya dari saya Maaf Zahir Batin kiranya tulisan-tulisan di blog ini ada menyingung perasan anda..

Tajuk entry kali ini "ajarlah anak anda"

'nak ajar apa edi'

Bukan nak ajar apa just ajarlah anak anda mengenai kewangan atau dalam bahasa saintifiknya finance..hihiihii

Sempena musim raya ni mesti kanak-kanak la yang paling happy sebab dapat raya. orang dewasa pun ada gak yang dapat duit raya.

Para awek2 sekalian pau je pakwe anda klu dia x bagi cari pakwe len..jgn marah yer gurau je..

Ingat x masa kecik2 korang wat apa dgn duit raya??

x ingat ish2 lemah betul tenaga batin eh salah ingatan korang..

Waktu aku kecik2 dulu duit raya aku akan campur dgn duit tabung pastu apa lagi aku masuk bank la..kumpul biar byk2 buat kahwin...

'Apa kena ko ni edi mkn ketupat byk sgt ke asyik mengarut je'

Bukan makan ketupat byk sgt tapi dah lama x update blog tu yang asyik lari tajuk jer..

Oklah back to d point masa kecik dulu apa yang korang belajar pasal duit aka wang. Apa yang parents anda bgtau pasal duit, macm mana diorang didik anda pasal wang. Aku sure ramai yang akan ckp parents kita suruh kita menabung. Lagiii???

Aku nak share la skit mcm mana ayah aku didik aku.. Waktu aku sekolah menengah dulu abah aku akan bagi duit secara bulanan bukan harian. Reasonnya abah aku ckp kalau bg duit bulanan kita syg nak pecahkan. So hari2 aku pg sekolah bawa bekallah sebb sayang nak pecahkan duit yang abah aku bagi.

Aku rasa sampai skrang pun klu duit besar aku syg nak pechkan klu pecah mmg habislah jawabnya.

Kalau aku nak mntak beli apa2 barang peribadi aku x pernah dapat secara percuma mesti ada bnda aku kena buat mcm potong rumputlah, tolong potong buah sawit ke atau mcm2 lagilah. Abah ckp klu bnda tu dpat free kurang best. Sampai skang aku rasa mcm tu klu aku nak sesuatu aku mesti nak dapatkan sendiri orang kata apa, hasil titik peluh sendri..tapi kalau orng bagi free pun aku sapu jgk bak kata orang rezki jgn ditolak..hiihihi

Oklah habis untuk flashback. Sebenarnya zaman skrang ni dah byk bnda dan tool untuk ajar anak atau bdk2 kecik belajar pasal pengurasan wang. kat Televisyen pun ada rancangn Captain Cash. So ajaklah anak anda tonton. Aku x tau still ada lagi ke x?

Kalau nak tau pasal Captain cash. Sini aku tolong korang googlekan..klik sini 'Captain Cash'

Aku share satu lagi website yang boleh digunakan untuk mengajar anak-anak anda mengenai finance.

Jeng Jeng Jeng !!!!!!

RichKidSmartKid

Website ni kepunyaan Rich Dad Company. Pengasasnya ialah Robert Kiyosaki..
Sapa dia?? Ala penulis buku Rich Dad Poor Dad tu. Kalau x tau jgk korang google je nnt tau la..hihihihih

Oklah sampai sini dulu rajinlah explore website RichKidSmartKid yer..

Selamat mencuba

Share




Thursday, July 29, 2010

Who Want To be A Millionaire




Salam Sejahtera..Hari ni nak share tentang pemikiran seorang millionaire. Di petik dari Buku Secret of Millionaire Mind by T Harv Eker.

Actually byk blog dah highlight pasal ni tapi aku nak sahre jugak..

Let’s see how the rich and poor people think and act differently!

1. Rich people believe ” I create my life”. Poor people believes ” Life happens to me”

2. Rich people play the money to win the game. Poor people play the money game to not lose.

3. Rich people are committed to being rich. Poor people want to be rich.

3. Rich people think big. Poor people think small.

4. Rich people manage their money well. Poor people mismanage their money well.

5. Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard for their money.

6. Rich people act in spite of fear. Poor people let fear stop them.

7. Rich people constantly learn and grow. Poor people think they already know.

Hope 7 pemikaran ni dapat membantu anda semua untuk memperbaiki kedudukan kewangan anda..

Semoga Berjaya

Credit to BijakRinggit

Share




Rahsia Kad Kredit





Salam Sejahtera kepada semua..Hari ni tetiba rasa nak share something..Xder bnda bgs sgt pun nak share..Tajuk entry hari ni KAD KREDIT..

Best ke guna kad kredit?? For those yang dah ada kad kredit, tahu ke mcm mana diorang caj atau calculate interest atau apa2 jerlah calculation yang berkenaan..Atau tiap bulan men bayar jer ikut jumlah statement bulanan..Pada yang tahu baguslah, problemnya pada mereka yang x tahu..

Pada sesiapa yang xder kad kredit dan claim kad kredit ni merbahaya. Betul ke bahaya, mcm mana boleh jadi bahaya, klu betul bahaya kenapa bank negara still benarkan..Atau sebab orang cakap bnda tu bahaya dan ramai muflis sebab kad kredit dan kita pun ikut2 claim macm tu..

tak kisahlah dari kategori mana anda semua hope info kat bwah ni membantu..

KEBAIKAN KAD KREDIT

Penggunaan kad kredit menyenangkan urusan seharian manusia
  • pemegang kad kredit tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah di pasar raya.Pemilik kad kredit Cuma menurunkan tandatangan sahaja pada bil barang yang dibeli.
  • pemilik kad kredit dikehendaki membayar bil itu pada akhir bulan dan itupun boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan para pemilik kad. (ni yang bahaya ni)

Penggunaan kad kredit didapati lebih selamat
  • pemegang kad kredit tidak perlu bimbang wang tunai mereka dicuri atau dirompak semasa membeli-belah dan melancong.Kalau kad kredit hilang atau dicuri,mereka boleh membuat laporan dan pemegang kad itu tidak akan menanggung risiko kad yang hilang itu.

Pemegang kad ditawarkan pelbagai bentuk perlindungan insurans

  • Kebanyakan syarikat pengeluar kad kredit memberikan perlindungan insurans daripada kehilangan atau kerosakan dalam masa 30 hari bagi barang yang dibeli. Dalam tempoh tersebut,ganti rugi akan diberi oleh syarikat pengeluar kad kredit.

Pemilik kad kredit diberikan kemudahan kredit yang istimewa

  • Pemilik kad kredit boleh memohon had kredit pengeluaran ditambah. Kemudahan ini cukup penting semasa kecemasan.Ada pengeluar kad kredit yang membolehkan pemilik kad kredit menikmati kemudahan pinjaman overdraf dan baki hutangnya dijelaskan secara ansuran dengan kadar bunga yang tinggi sedikit sahaja jika dibandingkan dengan pinjaman bank perdagangan lain.

KEBURUKAN KAD KREDIT

Penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya belanja yang kurang sihat dan tidak terkawal

  • Seseorang pemegang kad kredit mungkin akan bebas belanja tanpa had kerana kemudahan mengeluarkan wang tunai pada bila-bila masa.Sikap senang dahulu dan susah kemudian akan timbul.Ini seterusnya akan menyulitkan kehidupan mereka nanti.
  • Kemudahan kad kredit menggalakkan pengguna berhutang dan berbelanja lebih daripada pendapatan mereka, sikap boros merugikan masyarakat.

Penggunaan kad kredit mungkin akan mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara
  • Perbelanjaan yang tidak terkawal akan mengakibatkan permintaan melebihi penawaran. Ini akan membawa kepada masalah inflasi di negara kita. Akhirnya, negara kita akan menghadapi masalah kemelesetan ekonomi.


CONTOH PENGIRAAN KAD KREDIT

Hutang Kad : RM8,000 (Berapa banyak yang kita hutang)
Interest Rate : 18% Setahun
Bayaran Minimum : RM400 sebulan (5% dari RM8,000)

Interest Rate akan mula dicaj selepas 20 hari dari hari statement date keluar hari ini di panggil due date. (Boleh check dekat bil kredit kad)..

kalau sebelum due date kita dapat clearkan hutang so xderlah interest..

Interest Charges: RM8,000 - RM400 = RM7,600 x 1.5% = RM114 (lebih kurang setiap bulan)

Interest anda kena bayar bulan seterusnya jika anda bayar RM400 minimum payment ialah RM8,000 - RM500 = RM7,500 x 1.5% = RM112.50

baki hutang kad kredit anda masih dalam lingkungan RM10,000

Ambil masa 89 bulan untuk selesaikan hutang jika bayar minimum payment.


So skang anda dah tau serba sikit pasal kad kredit ni bolehla nak apply kad mana2 bank klu berkenan hihihihi..

Aku x pakai kad kredit pun sebab belum ada keperluan, kadang2 ssh jgk klu nak buat online booking atau online purchase. Nasib baik aku counter dgn debit card..

"There is no bad in credit card, only a bad user"

Share




Tuesday, March 23, 2010

Budget calculator


Semalam belek2 kat dalam bookmark browser,aku terlayan satu blog ni..ada tool macam best je aku tgk..

Budget calculator versi BM lagi, biasa aku guna bdget calculator template amik dari excel jer, yang ni lagi best bleh trace daily expense tu..dah dapat bnda baik ni aku share la kat sini..

Sapa2 yang nak boleh lah klik kat bawah ni

Budget Calculator BM untuk BM version..
Budget Calculator ENG untuk English version..

Tunggu apa lagi sedutla..boleh tgk korang expense duit pada Keperluan atau Kepuasan atau apa2 jelah..

Source: bankinginfo.com.my & bebas-hutang.com




Saturday, March 20, 2010

Betul ke Duit Boleh Buat Duit – Jgn Percayalah (Part 1)




Salam.. untuk tajuk kali ini..aku nak kongsi mengenai cara menjana passive income. Kita selalu dengar org cerita mengenai duit bekerja untuk kita.. persoalannya betul ke boleh??

Pertamanya tanya diri masing2 kenapa korang kena keje..memangla korang jawab nak ada income, nak makan, pakaian,nak khwin, nak sara anak bini,nak hidup..Bnda ni semua apa sebenarnya..Apa tujuan kita bekerja???

So aku simpulkan kita bekerja untuk mencari kebahagiaan, dgn bekerja kita ada income yg boleh kita gunakan untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian atau dgn kata lain KEPERLUAN kehidupan ..tapi kenapa kita selalu tertipu antara keperluan dan KEPUASAN..kadang2 bila ditanya kenapa beli yg berjenama sedangkan yang biasa sudah mencukupi , kita jawab selamba sebab kepuasan..selagi nama manusia mana pernah puas beb (termasuklah aku hihihihi)…

Klu kita keje untuk kebahagian kenapa kita still bekerja klu x bahagia..hahahahha…(gilala ko ni edi x keje nak makan apa)..orng selalu cakap nak cari kj skang susah so dah ada keje jg elok2..betul ke?? Aku pun x tau betul ke x…yang aku tau cari keje mmg susah tapi rezki tuhan banyak kat muka bumi ni samada korang nak usaha ke x..

Aku suka satu pepatah ‘biar sikit asal dicukupkan’..aku ada kawan yang kj gaji RM 500, RM 1k, RM 2k dan seterusnya..kawan yang rm 500 cakap ” klu gaji aku 1k dah cukup untuk kehidupan aku”, kawan yang 1k cakap ” klu gaji RM2k dah cukup kehidupan aku”..bape byk yng cukup sebenarnya aku pun x tau..kalau korang nampak apa yang aku cuba sampikan bgslah klu x nmpak, korang dah cukup besar untuk fikir..so happy working to all..

Apa benda ko bebel ni edi ??? Oklah penat aku bebel , skang aku nak kongsi sikit ilmu macam mana nak wat passive income..Teknik ni mungkin korang dah tau, atau dah wat sebab teknik ni just TEKNIK LOAN ASB tetapi aku tunjuk kat sini mcm mana cara manipulasi LOAN ASB ini

Syarat2 untuk layak menggunakan teknik ni..
1) Bumiputera
2) Ada income tetap yang boleh dibuktikan melalui black and white (ada dokumen la maksudnya e.g slip gaji or bank statement)
3) Mematuhi syarat2 bank yg korang nak pnjam.

Tekniknya mudah jer korang pg bank pastu apply loan-senang kan…(sengalla ko edi klu mcm ni baik x yah citer)

Memang korang tau tapi korang pernah kira bape byk korang untung atau rugi klu guna teknik..kalau korang kira mesti korang dah wat loan dah skang ni. Klu korang kira pun aku percaya korang kira jumlah akhir duit korang dapat..ada x kira bape korang untung (kos keluar berbanding nilai akhir), perbandingan cara pembayaran dan sebagainya..

Cadangan untuk teknik ni adalah loan rm 50K ke atas dan pnjam kat bank maybank ..
kenapa??
Sebab maybank skang bagi tempoh loan 25 tahun, So lagi kecil installment tiap bulan.

Pengiraan yang aku buat..
Matlumat lain dalam pengiraan aku adalah seperti berikut:
ASB dividen = 7% Jumlah Loan RM 50K
Ok untuk rate Interest maybank setakat hari ini February 2010=3.9 %
Bayaran bulanan rm 263

1) Andai kata korang x wat loan ASB just simpan kat ASB setiap bulan.
Bermula dari bulan 1 simpan bulanan = RM 263
Jumlah setelah 25 tahun=RM 205,755.24
Modal korang = RM 263 x 12 x 25 =RM 78,900
Keuntungan = 160.77%


2)Teknik loan ASB RM50K
Bulanan sama RM263 (mula bulan januari)
Jumlah setelah 25 tahun =RM 271,371.63
Modal = RM 263 x 12 x 25 =RM 78,900 + (RM70 Duit setem untuk borang loan)= RM 78,970
Keuntungan = 243.64%

3)Loan ASB rolling dividen (dividen dari pinjaman RM 50K guna untuk bayar balik loan korang untuk tahun berikut)
Bulanan RM263, setahun =RM 3156 (mula bulan januari)
Dividen ASB setahun(berdasarkan 7 %)=0.07 x RM 50K = RM 3500
So ada lebih lagi untuk tampung bayaran setahun, yang lebih biar je dalam ASB.
Jumlah setelah 25 tahun = RM 71,757.67
Modal =RM 3156 + RM 70 (kos setem) = RM 3226
Keuntungan = 2124.35% (betul ke x ni?? aku pun x percaya klu x percaya kirala manual sendiri selama 25 thn).


Aku dah tunjuk pengiraan so korang bnding dan fikir sendiri..yang no 3 tu lah passive income beb!!! kuar modal setahun pastu dia beranak sendiri..

pengiraan aku buat ni just contoh semuanya tetap bergantung pada BLR dan dividen ASB.. maybank awal thn haritu ada bg interest 3.9% tetap x tau la skang ada lagi ke x…tapi ada cara nak kurangkan risiko interest ni nt aku citer kat part 2..Dalam part 2 nnt aku tunjukkan untuk main dalam tempoh masa 5 tahun pulak..

Note: Kalau ade ape2 yg x betul atau nak share apa2 tentang perkara diatas atau nak ty apa2 komen kat bwah yer..trimas

DISCLAIMER : YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY BY USING THIS TECHNIQUE.




Related Posts with Thumbnails