Salam kepada pembaca semua..pertamanya saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan terima kasih kerana sudi membaca post-post di blog saya..
Tanpa anda semua maknanya saya baca blog ni sorang2 bersamaan dengan syok sendiri..
Sempena bulan ramadhan yang mulia ni saya nak share sesuatu..apa yang ko nak share lagi x habis2 ke, asyik share jer..
Jgn la marah sharing kan caring hihiihi..
Oklah balik pada tajuk entry solat tarawih..Apa yang saya nak share kali ni adalah mengenai selawat untuk solat tarawih..
Pada sesiapa yang x tau,hihihiii..selawat ni dibaca sebagai salingan setiap 2 rakaat solat tarawih..
Selama ni sy main ikut2 jer bilal dan orang ramai baca x tau plk selawat yang sebenar..tahun ni terbuka hati nak tau macm mana bacaan yang sebenar so sy search n googling..
Dah search dan jumpa so sy share lah...
Apa yang mampu sy share cuma link saja..harap dapat membantu anda semua juga. Sy jumpa 2 versi 1st versi Johor (ye la sy kan orng johor) 2nd versi umum..
Pada sesiapa yang nak tau jugak selawat tu mcm mana boleh lah melayari link dibawah..
1) Selawat Tarawih Johor
2) Selawat Tarawih Umum
kredit to Orangorangs & ArabMykrk
Sekian selamat beramal
Share
Saturday, August 14, 2010
Solat Tarawih
Saturday, March 27, 2010
Dah tau Apasal Sibuk Jugak Kumpul Harta..
Semalam selepas balik dari solat jumaat, aku cuba ingatkan balik 1o perkara best yang khatib bagitau semasa khutbah..aku dapat ingat cuma 3 jer, ni xleh jadi ni kena googling ni supaya boleh dishare dgn rakan2..
10 perkara tu adalah kelebihan ilmu berbanding harta..kebetulan minggu ni minggu konvo kat UTM, maka perkara ni menjadi point dalam khutbah jumaat..so pada warga UTM yang terlepas jumaat di Masjid UTM (mungkin balik kg atau watever) silalah luangkan masa untuk membaca..
10 perkara atau point ini adalah jawapan Sayidina Ali kepada puak khawarij yang ingin menguji Saiyidina Ali Abi Talib..
1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu adalah pusaka Anbiya, tetapi harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menjaga dirinya, tetap: harta perlu dijaga oleh tuannya.
3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menyebabkan ramai kawan, tetapi harta menyebabkan banyak musuh.
4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika diajar kepada manusia akan semakin bertambah, tetapi harta jika diberi kepada manusia akan semakin berkurangan.
5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak menyebabkan seseorang itu menjadi mulia, tetapi harta yang banyak boleh menyebabkan bakhil.
6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu tidak dicuri, tetapi harta boleh dicuri / takut dicuri.
7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu akan menjadi syafaat / menolong tuannya pada hari akhirat, tetapi harta akan dihisab di akhirat.
8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika dibiarkan lama tidak rosak, tetapi harta akan rosak.
9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak akan menyebabkan hati manjadi lembut dan tawaduk, tetapi harta yang banyak menyebabkan hati jadi keras dan angkuh.
10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu mewujudkan sifat kehambaan, iaitu menyebabkan seseorang menjadi hamba yang baik, takut untuk membuat benda-benda buruk / maksiat, tetapi harta akan menyebabkan seseorang itu rakus dan lupa kepada Allah / lupa tanggunggjawab.
Maka skang ni bila dah tau kita kenalah praktikkan..Pada rakan2 yang dah bekerja tu jgnlah ingat x payah nak cari ilmu lagi..ilmu kat muka bumi ni x pernahnya habis..
Membaca merupakan satu cara nak tambah ilmu yang paling senang (termsuklah baca blog)...hahhahaha (promote nampaknya disitu)..
Selamat mencari ilmu..
Kredit to MasjidSukma
Saturday, February 7, 2009
Syarat-syarat solat jamak dan qasar
Syarat-syarat solat qasar
- Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
- Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah.
- Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir.
- Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
- Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
- Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
- Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
- Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Syarat-syarat Jamak Taqdim:
- Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.
- Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
- Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
- Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.
Solat Jamak Takkhir:
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir:
- Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
- Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
Solat Jamak dan Qasar.
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
www.familiazam.com
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
www.familiazam.com
Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
www.familiazam.com
2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
www.familiazam.com
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
www.familiazam.com
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
www.familiazam.com
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

