Salam.. untuk tajuk kali ini..aku nak kongsi mengenai cara menjana passive income. Kita selalu dengar org cerita mengenai duit bekerja untuk kita.. persoalannya betul ke boleh??
Pertamanya tanya diri masing2 kenapa korang kena keje..memangla korang jawab nak ada income, nak makan, pakaian,nak khwin, nak sara anak bini,nak hidup..Bnda ni semua apa sebenarnya..Apa tujuan kita bekerja???
So aku simpulkan kita bekerja untuk mencari kebahagiaan, dgn bekerja kita ada income yg boleh kita gunakan untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian atau dgn kata lain KEPERLUAN kehidupan ..tapi kenapa kita selalu tertipu antara keperluan dan KEPUASAN..kadang2 bila ditanya kenapa beli yg berjenama sedangkan yang biasa sudah mencukupi , kita jawab selamba sebab kepuasan..selagi nama manusia mana pernah puas beb (termasuklah aku hihihihi)…
Klu kita keje untuk kebahagian kenapa kita still bekerja klu x bahagia..hahahahha…(gilala ko ni edi x keje nak makan apa)..orng selalu cakap nak cari kj skang susah so dah ada keje jg elok2..betul ke?? Aku pun x tau betul ke x…yang aku tau cari keje mmg susah tapi rezki tuhan banyak kat muka bumi ni samada korang nak usaha ke x..
Aku suka satu pepatah ‘biar sikit asal dicukupkan’..aku ada kawan yang kj gaji RM 500, RM 1k, RM 2k dan seterusnya..kawan yang rm 500 cakap ” klu gaji aku 1k dah cukup untuk kehidupan aku”, kawan yang 1k cakap ” klu gaji RM2k dah cukup kehidupan aku”..bape byk yng cukup sebenarnya aku pun x tau..kalau korang nampak apa yang aku cuba sampikan bgslah klu x nmpak, korang dah cukup besar untuk fikir..so happy working to all..
Apa benda ko bebel ni edi ??? Oklah penat aku bebel , skang aku nak kongsi sikit ilmu macam mana nak wat passive income..Teknik ni mungkin korang dah tau, atau dah wat sebab teknik ni just TEKNIK LOAN ASB tetapi aku tunjuk kat sini mcm mana cara manipulasi LOAN ASB ini
Syarat2 untuk layak menggunakan teknik ni..
1) Bumiputera
2) Ada income tetap yang boleh dibuktikan melalui black and white (ada dokumen la maksudnya e.g slip gaji or bank statement)
3) Mematuhi syarat2 bank yg korang nak pnjam.
Tekniknya mudah jer korang pg bank pastu apply loan-senang kan…(sengalla ko edi klu mcm ni baik x yah citer)
Memang korang tau tapi korang pernah kira bape byk korang untung atau rugi klu guna teknik..kalau korang kira mesti korang dah wat loan dah skang ni. Klu korang kira pun aku percaya korang kira jumlah akhir duit korang dapat..ada x kira bape korang untung (kos keluar berbanding nilai akhir), perbandingan cara pembayaran dan sebagainya..
Cadangan untuk teknik ni adalah loan rm 50K ke atas dan pnjam kat bank maybank ..
kenapa??
Sebab maybank skang bagi tempoh loan 25 tahun, So lagi kecil installment tiap bulan.
Pengiraan yang aku buat..
Matlumat lain dalam pengiraan aku adalah seperti berikut:
ASB dividen = 7% Jumlah Loan RM 50K
Ok untuk rate Interest maybank setakat hari ini February 2010=3.9 %
Bayaran bulanan rm 263
1) Andai kata korang x wat loan ASB just simpan kat ASB setiap bulan.
Bermula dari bulan 1 simpan bulanan = RM 263
Jumlah setelah 25 tahun=RM 205,755.24
Modal korang = RM 263 x 12 x 25 =RM 78,900
Keuntungan = 160.77%
2)Teknik loan ASB RM50K
Bulanan sama RM263 (mula bulan januari)
Jumlah setelah 25 tahun =RM 271,371.63
Modal = RM 263 x 12 x 25 =RM 78,900 + (RM70 Duit setem untuk borang loan)= RM 78,970
Keuntungan = 243.64%
3)Loan ASB rolling dividen (dividen dari pinjaman RM 50K guna untuk bayar balik loan korang untuk tahun berikut)
Bulanan RM263, setahun =RM 3156 (mula bulan januari)
Dividen ASB setahun(berdasarkan 7 %)=0.07 x RM 50K = RM 3500
So ada lebih lagi untuk tampung bayaran setahun, yang lebih biar je dalam ASB.
Jumlah setelah 25 tahun = RM 71,757.67
Modal =RM 3156 + RM 70 (kos setem) = RM 3226
Keuntungan = 2124.35% (betul ke x ni?? aku pun x percaya klu x percaya kirala manual sendiri selama 25 thn).
Aku dah tunjuk pengiraan so korang bnding dan fikir sendiri..yang no 3 tu lah passive income beb!!! kuar modal setahun pastu dia beranak sendiri..
pengiraan aku buat ni just contoh semuanya tetap bergantung pada BLR dan dividen ASB.. maybank awal thn haritu ada bg interest 3.9% tetap x tau la skang ada lagi ke x…tapi ada cara nak kurangkan risiko interest ni nt aku citer kat part 2..Dalam part 2 nnt aku tunjukkan untuk main dalam tempoh masa 5 tahun pulak..
Note: Kalau ade ape2 yg x betul atau nak share apa2 tentang perkara diatas atau nak ty apa2 komen kat bwah yer..trimas
DISCLAIMER : YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY BY USING THIS TECHNIQUE.
Showing posts with label ASB. Show all posts
Showing posts with label ASB. Show all posts
Saturday, March 20, 2010
Betul ke Duit Boleh Buat Duit – Jgn Percayalah (Part 1)
Subscribe to:
Comments (Atom)
