Wednesday, June 29, 2011

Takaful Lagi





Salam Sejahtera

Entry terbaru sebelum ni dah cerita pasal Insurans Vs Takaful, entry kali ni nak cerita lagi ke?

Ada orang cakap benda kebetulan tapi pada saya tiada istilah kebetulan, semua yang terjadi dah memang tulisan takdir. Selepas saya buat entry pasal insurans dan takaful, ada pulak agent takaful datang buat promotion kat tempat saya bekerja.

Seperti biasalah saya orang pertama yang akan pergi dan bertanya, beli atau x itu cerita lain. Lepas berdiskusi dengan agen-agen di situ maka dapatlah satu info mengenai produk baru mereka.

Bayaran bulanan 100 after 20 year boleh keluar RM 24000 (100 x 12 x 20), cover 100K. For sure dapat balik yang kita bagi just tanpa bonus la. Klu terdesak pun boleh keluar duit tapi xleh keluar semua, tgk dah mcm lebih kurang KWSP la plk, cuma lebihnya ada coverage untuk diri..

Macam menarik ni, tapi mcm was-was la plk. Ish-ish sesungguhnya perasaan was-was tu adalah daripada syaitan..

Bila dah dengar matlumat tu macm biasalah saya nak selidik betul ke tidak penerangan agent tu dulu..Bukan x percaya, cuma kadang-kadang diorang tu pun x berapa pasti main sebut jer. Ada yang teruk lagi just promote produk yang akan bagi komisyen yang tinggi kepada diorang sendiri, bknnya apa yang pelanggan perlukan..Ish-ishhhh..

Share




Sunday, June 26, 2011

Pengiraan Insuran VS Takaful





Salam dan hai semua..

Sejak kebelakangan ini saya sering mendapat panggilan telefon dari pegawai-pegawai promosi syarikat yang menjalankan perniagaan Insurans atau pun Takaful. Saya pasti ada dikalangan para pembaca juga ada mendapat panggilan promosi ini.

Secara amnya ramai yang mengetahui bahawa Insuran menggunakan konsep konvesional dan takaful menggunakan konsep Islamik. Namun sejauh mana kita memahami konsep-konsep ini.

Secara jujurnya saya juga tidak memahami bagaimana mereka menjalankan kedua2 konsep ini. Maka Dengan menggunakan sedikit pengetahuan saya cuba membuat perbandingan antara kedua-dua konsep ini, tetapi perbandingan yang dibuat adalah hanya dari segi pengiraan yang simple.. :)

Polisi Insurans
Premium RM 30 sebulan
Cover RM 150K

Polisi Takaful
Premium RM 60
Cover RM 150K
Pengeluaran 30 % pada setiap 3 tahun
Bonus purata 5-10%

Pegawai Promosi Takaful selalu cuba menarik perhatian saya dgn menyatakan klu saya ambil Insurans, seandainya saya x menuntut claim maka duit premium bulanan akan burn macm tu sahaja..kalau ambil takaful akan dapat keluarkan dan pulangan bonus..bestnya tapi betul ke lagi menguntungkan??

Klu kita buat perbandingan RM30 dgn RM60 jelas perbezaan, 50% lagi untung dari 30% pulangan yang ditawarkan setiap 3 tahun oleh Takaful. Mengenai bonus plk sekiranya kita ambil insurans berbanding Takaful ada lebih RM30 lagi yang boleh kita simpan dalam ASB atau mana-mana pelaburan yang lain..

Kesimpulannya mana pegi lagi 20% yang kurang tu?? Komisyen agen Takaful ke hihihiii

Okla that all for now..

p/s: Sorry aku malas nak kira detail,klu x faham ty kat komen yer..tq

Share




Related Posts with Thumbnails